Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Monday, July 24, 2017

Faizal Dzasrik Entertainment: FAIZAL DZASRIK & MEEN – Pujaanku (Melly Goeslaw & Jimmo)

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Entertainment: FAIZAL DZASRIK & MEEN – Pujaanku (Melly Goeslaw & ...


Faizal Dzasrik Entertainment: Superheroes Unleashed | UMW Toyota Thank You Dinner 2016

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Entertainment: Superheroes Unleashed | UMW Toyota Thank You Dinne...


Faizal Dzasrik Fan Club : FD Journal 004 | Video Game Era 90an

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Fan Club : FD Journal 004 | Video Game Era 90an


Faizal Dzasrik Fan Club : Behind The Scenes | Ini Suatu Cerita – Alaf 21 – Creative Enterprise - PTS One

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Fan Club : Behind The Scenes | Ini Suatu Cerita – Alaf 21 – C...


Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 003 | Novel : Burger Del – Faizal Dzasrik (PTS)

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 003 | Novel : Burger Del – Faizal Dzasrik (PTS...


Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 002 | Novel : Yong Tau Foo – Faizal Dzasrik (PTS)

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 002 | Novel : Yong Tau Foo – Faizal Dzasrik (P...


Monday, July 17, 2017

Faizal Dzasrik Fan Club : FDFC | E-Mail Pertama Daripada Peminat Karya Faizal Dzasrik

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Fan Club : FDFC | E-Mail Pertama Daripada Peminat Karya Faiza...


Faizal Dzasrik Fan Club : Behind The Scenes | Telefilem SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Fan Club : Behind The Scenes | Telefilem SECAWAN KOPI SEBUNGK...


Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 001 | Novel : Ini Suatu Cerita – Faizal Dzasrik

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 001 | Novel : Ini Suatu Cerita – Faizal Dzasri...

Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 005 | HALEEDA | Artiste Management

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Merchandise : FDM 005 | HALEEDA | Artiste Management


Faizal Dzasrik Entertainment : MEEN + The Momentum – Sepi Sekuntum Mawar Merah & ...

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Entertainment: MEEN + The Momentum – Sepi Sekuntum Mawar Merah & ... 


Faizal Dzasrik Entertainment : MEEN – Setelah Aku Kau Miliki | Bintang UMW 2014

CLICK HERE >>> Faizal Dzasrik Entertainment: MEEN – Setelah Aku Kau Miliki | Bintang UMW 2014


Saturday, June 3, 2017

Justin Timberlake – Mirror (Live at the Brit Awards 2013) | USA





BEST MUSIC | Justin Timberlake – Mirror (Live at the Brit Awards 2013) | USA

“Cause I don’t want lose you now. I’m lookin’ right at the half of me. The vacancy that sat in my heart… is the space now you hold. Show me how to fight for now… and I tell you baby, it was easy… comin’ back into you once I figured it out… you were right here all along…”

Jika kita sudah begitu lama pernah hidup dengan seseorang, sebetulnya sangat sukar berpisah atau mungkin boleh melupakan segalanya. Sungguhpun sedang berperasaan degil untuk menentang atau menidakkan, ternyata seseorang pernah mengisi kekosongan hati itu sudahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ibarat memerhatikan diri sendiri pada cermin. Pandangan mata kita seolah-olah tidak lengkap tanpa memikirkan sebahagian daripada diri kita sebenarnya sudah begitu sebati terisi dengan kasih sayang orang yang kita cintai. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub






BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Friday, June 2, 2017

Ara Johari – Warkah Untukku (2016) | Malaysia




BEST MUSIC | Ara Johari – Warkah Untukku (2016) | Malaysia

“Sungguh… kau yang kumahu. Berdoa semoga kau akan berubah. Mendampingiku selalu…”

Melodi lagu ini sangat menusuk kalbu. Liriknya boleh menimbulkan kekeliruan, jika tidak difahami dan diperhalusi dengan lebih mendalam. Namun begitu susur kata ‘a-e-i-o-u’ pada setiap patah akhir lirik sangat mengena dengan ton ARA dalam turun naik tinggi rendah… ketika menyampaikan melodi lagu ini. Lagu ini tentang apa?

Apa yang saya faham, lagu ini mengisahkan kekecewaan mendalam tetapi masih memiliki pengharapan yang tinggi terhadap orang yang dikasihinya. Verse kedua, jelas menunjukkan doa sebenar si penyanyi terhadap yang Maha Esa supaya membawa orang yang sangat dicintainya kembali ke pangkal jalan. Selain itu dengan harapan semoga perubahan yang lebih baik terhadap orang yang dicintainya mampu mengembalikan ‘kasih sayang’ terhadap mereka berdua. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)


Thursday, June 1, 2017

Cher – Believe (1998) | USA




BEST MUSIC | Cher – Believe (1998) | USA

“Do you believe in life after love… I can feel something inside me say… I really don’t think you strong enough no…”
Antara perkara paling sukar dalam kehidupan adalah menetapkan pendirian yang mungkin tidak ‘selari’ dengan pemikiran orang lain. Jadikan setiap kepercayaan yang diyakini boleh membawa diri kita ke arah lebih positif sebagai kekuatan bagi menempuh hari-hari mendatang. Insya-Allah. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub







BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Saturday, April 1, 2017

Mansion Paling Mahal Di USA (2017)



Mansion Paling Mahal Di USA (2017)

Seronok juga apabila sekali-sekala mencari apakah antara benda yang paling diidam-idamkan oleh semua orang tetapi sangat mahal di pasaran pada ketika ini? Sudah tentunya, ‘RUMAH’. Bersiar-siar di YouTube, saya tertonton video sebuah mansion mewah paling mahal di USA (2017) di Bel Air Enclave, Los Angeles, USA dengan nilai US 250 juta atau est: RM 1.1 Billion!

Paling saya suka tentang mansion berciri moden yang serba mewah ini adalah permandangan seluruh bandaraya Los Angeles yang sangat cantik dari aras bukit-bukau Bel Air. Menakjubkan. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Friday, March 31, 2017

FaizalDzasrik.Com Berkonsepkan ‘Smart Review’ + Repost



FaizalDzasrik.Com Berkonsepkan ‘Smart Review’ + Repost

FaizalDzasrik.Com memperkenalkan penjenamaan semula pada 1 April 2017 dengan pembaharuan ‘contents’ yang lebih santai dan terkini. Konsep SMART REVIEW dengan elemen POSITIVE akan menjadi teras penulisan setiap artikel. Masih mengekalkan sifat selamba dan natural tetapi masih tertib. Dari segi gaya penulisan, #FaizalDzasrik akan menggunakan > 70% BAHASA FORMAL.

Setiap artikel yang ditulis akan disertakan sumber material (jika ada) iaitu linkage dari media massa, blog lain atau sebagainya yang akan dinyatakan. #FaizalDzasrik menerusi blog ini sebagai penulis rumusan dan ‘smart reviewer’ sahaja. Selain itu, akan diterbitkan juga artikel REPOST, iaitu artikel non-original yang ditulis oleh Faizal Dzasrik sebagai maklumat tambahan. Artikel non-original akan di-linkage-kan terus ke pemilik artikel asal.

Secara keseluruhan, #FaizalDzasrik ditulis secara ringkas dan padat. Ia berkaitan dengan kehidupan seharian, isu-isu terkini, hobi, hiburan dan sebagainya. Blog yang santai dan menerapkan nilai-nilai positif. Semoga terhibur dan memberikan manfaat kepada anda semua. SELAMAT DATANG. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)


Thursday, March 30, 2017

Pilihan Bijak Emma Watson Bintangi ‘Beauty and the Beast’



Pilihan Bijak Emma Watson Bintangi ‘Beauty and the Beast’

Kemelut pelepasan bagi penayangan filem ‘live action’ terbaru Disney, ‘Beauty & the Beast’ di Malaysia mendapat perhatian meluas seluruh masyarakat. Apakah isu kontroversi yang telah dibangkitkan menerusi filem ini?

Filem ini ada menyelitkan unsur ‘gay moment’ yang dikhuatiri tidak sesuai bagi tontonan umum masyarakat Malaysia. Episod ‘tarik tali’ telahpun berlaku antara pihak Disney Malaysia dan Lembaga Penapisan Filem sepanjang minggu awal sepatutnya filem ini ditayangkan di seluruh negara. Namun begitu, isu ini telahpun berjaya diselesaikan.

Filem ini dijadulkan semula menemui pawagam-pawagam pada lewat dua minggu dari tarikh tayangan sebenar, iaitu pada 30 Mac 2017 di seluruh negara. Tanpa sebarang pengeditan. Dengan pelepasan tontonan ‘P 13’ atau ‘Lulus Bersih 13’ bermaksud para penonton di bawah 13 tahun tidak dibenarkan menonton tanpa pengawasan ibubapa.

Filem kisah epik ini menjadi perhatian antarabangsa kerana ia hanya pernah digambarkan menerusi filem animasi ‘Beauty and the Beast’ (1991) dan program TV drama bersiri sekitar era 1980an terdahulu. Belum pernah lagi ia difilemkan dalam ‘live action’ iaitu aksi pelakon sebenar pada skala besar. Sungguhpun ‘Beast’ dijadikan sebab pada ‘storyline’ penceritaan, perhatian akan lebih tertumpu pada 'Belle', watak heroin yang akan ‘jatuh cinta’ kepada Beast.

Secara penampilan, Beast hanya muncul sebagai manusia biasa semula setelah sumpahan ditamatkan. Penonton akan lebih mengingati Belle, kerana wajahnya tidak berubah selain peranan pentingnya mewujudkan senario-senario dalam jalan cerita. Oleh sebab itu, watak Belle adalah paling mahal dalam filem ini.

Disney Studio telah memilih Emma Watson untuk melakonkan watak ‘Belle’. Pilihan yang sangat tepat. Emma Watson, bintang muda yang sangat terkenal dengan francais filem-filem ‘Harry Potter’ sebagai Hermoine ketika usianya masih kanak-kanak hingga remaja. Pengaruh Emma Watson sedia ada sudah cukup besar dan berpotensi tinggi menarik minat para penonton sungguhpun ketika ini beliau pada peringkat awal sedang membuktikan nilai kreativitinya sebagai pelakon dewasa ‘A Lister’ di Hollywood. Dalam merangka strategi bersama pihak Disney, Emma Watson menerima USD 2 juta + % keuntungan filem yang dipersetujui bersama pihak penerbit. Langkah yang sangat bijak! Bukan ‘lump sum’ tetapi ‘secured pay check + bonus royalty’.

Adakah sebahagian faktor-faktor yang mempengaruhi para penonton seluruh dunia adalah disebabkan oleh Emma Watson sendiri? Ya, sudah tentu. Kebarangkalian yang cukup kuat. Sebab yang lain, naskah ‘Beauty and the Beast’ sendiri sudah dikenali umum setanding naskah-naskah lain seperti Cinderella, Rapunzel, Sleeping Beauty, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya. Hehehe.

Seperti yang diberitahu sebelum menerima tawaran ‘Beauty and the Beast’, Emma Watson terpaksa melepaskan tawaran watak heroin filem ‘La La Land’ yang datang pada masa yang sama. Filem tersebut telahpun menjulang nama pelakon terkenal Emma Stone (yang mengambil alih tawaran tersebut daripada Emma Watson) hingga meraih OSCAR Pelakon Wanita Terbaik, Academy Awards 2017. Harga yang perlu dipertaruhkan? Darjah Kegemilangan OSCAR atau Gelaran ‘Highest Paid Actress’. Emma Watson telahpun berjaya membuat keputusan ekonomi yang sangat berbaloi. ‘Beauty and the Beast’ sejak dari awal diramalkan pasti berjaya di pasaran dan terkini, filem ini sudahpun laku keras di seluruh dunia. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub


SOURCE | The Star Online | LPF approves ‘Beauty and the Beast’ with minor edit
SOURCE | Free Malaysia Today | Disney refuses to cut ‘gay moment’ from ‘Beauty’ in Malaysia
SOURCE | Malay Mail Online | Gay wujud sebelum ‘Beauty and the Beast’ lagi, kata Nazri
SOURCE | Malay Malil Online | Tiada tapisan,‘Beauty & The Beast’ di pawagam 30 Mac
SOURCE | Evening Standard | Emma Watson ‘ontrack’ to become Hollywood’s best-paid actress after Beauty and the Beast




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)


Wednesday, March 29, 2017

Sia Akhirnya Tanggalkan Rambut ‘Pelesu’





Sia Akhirnya Tanggalkan Rambut ‘Pelesu’

Tidak syak lagi! Ramai orang tahu bagaimanakah rupa sebenar Sia jika tanpa trademark rambut palsu (pelesu) nya yang menutupi muka. Hal ini berlaku apabila Sia tidak melindungi wajah sebenarnya ketika bergerak ke LAX (Lapangan Terbang Los Angeles) bagi mengejar masa penerbangan yang telah dijadualkan menuju ke Dubai, UAE. Sia berada di sana bagi temujanji dan acara persembahan pentas bersempena Dubai World Cup 2017.

Sia pernah memberitahu sebab mengapa beliau melakukan sedemikian kerana enggan dinilai berdasarkan rupa dan penampilan. Fokus utamanya pada vokal nyanyian. Katanya lagi, dalam pasaran muzik pada masa kini semua orang berlumba-lumba bermedia sosial dan menceritakan segalanya. Tiada unsur misteri. Beliau ingin menjadi seperti ‘orang misteri’ yang dimaksudkan itu.

Pada pendapat saya, tidak ‘Sia-Sia’ menyembunyikan identitinya. Pilihannya tepat. Pendengar sememangnya fokus pada setiap lagu yang dinyanyikan ketika persembahan sungguhpun seringkali dibantu oleh Maddie Ziegler (asal program realiti Dance Mom) bersama penari-penari iringan lain.

Saya sukakan identiti ‘voice cracks’ Sia. Sangat original. Bakat penciptaan lagu juga sangat hebat yang mana karya-karya beliau pernah dinyanyikan oleh ramai bintang terkenal seperti Rihanna (Diamonds), Britney Spears (Perfume), Celine Dion (Loved Me Back to Life) dan banyak lagi.

Saya suka stail nyanyian Sia. Sangat berbeza daripada gaya para penyanyi Amerika Utara dan Eropah yang biasa kita dengar. Berasal dari Australia, berhampiran dengan Asia Tenggara. Cara beliau melontarkan nota-nota tinggi sangat mirip pada gaya kesukaan para penyanyi bersuara lantang tinggi lampai dari Malaysia, Indonesia dan The Philippines. Sia pernah dengar lagu-lagu Asia Tenggara kah? Jika saya berpeluang berbual-bual dengannya, itu-lah soalan pertama yang saya akan bertanyakan kepada Sia. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub



Bagaimanakah wajah sebenar Sia tanpa rambut pelesu? Klik di bawah.
SOURCE | ETOnline | Sia Uncovered!


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Carta RIM Sudah Kembali! Potensi Diterbitkan Semula Dalam Versi Program TV



Carta RIM Sudah Kembali! Potensi Diterbitkan Semula Dalam Versi Program TV

Carta RIM (Recording Industry Association of Malaysia) kini kembali selepas belasan tahun menyepi dari siaran umum. Sebagai peminat setia muzik tempatan dan antarabangsa, saya agak terkilan kerana melihat carta muzik yang kukuh dan rasmi di bawah kendalian sebuah persatuan industri muzik berprestij tempatan ini menghilang begitu sahaja. Seakan-akan merajuk dengan perubahan realiti jualan muzik (sekitar pertengahan tahun 2000an) sememangnya merundum teruk. Pada ketika itu, secara global industri muzik mengalami perubahan citarasa format fizikal kepada format digital. Beberapa isu-isu rasmi berkaitan dengan hak cipta, plagiat dan sebagainya yang masih pada peringkat pra-strategi membentuk mekanisme baru bagi menghadapi perubahan besar tersebut.

Sewajarnya pada era terkini, industri muzik tempatan sudah semakin selari dengan perubahan globalisasi terhadap jualan-jualan format hiburan. Strategi baru produk-produk muzik diubah. Lebih menekankan jualan digital. Sokongan padu para peminat muzik tempatan kembali meriah dan kesannya, sudah tentu kehadiran semula Carta RIM yang penting bagi memberikan kedudukan dan selera semasa mewakili muzik masyarakat Malaysia.

Saya masih ingat Carta RIM (versi TV Show) pernah diterbitkan di NTV7 (jika tidak silap saya). Carta RIM (versi English) dikendalikan oleh Sarimah Ibrahim, manakala (versi Bahasa Melayu) diacarakan oleh Wardina Safiyyah yang popular pada sekitar akhir 90an. Kedua-dua mereka pada ketika itu masih muda remaja. Saya mengikuti kedua-dua carta. | Carta RIM IG @recordingindustrymy

Pada akhir 90an, seperti diketahui umum adalah era muzik sangat BEST! Semata-mata hendak melihat Britney Spears, Madonna, Backstreet Boys, N Sync dan lain-lain lagi di tangga berapa. Tidak kurang juga hebatnya, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Awie & Search dan sebagainya. Sangat meriah!

Harapan saya semoga Carta RIM (Versi TV) dikembalikan. Berbeza dengan carta-carta muzik radio atau Carta Muzik Muzik yang kebanyakannya adalah menerusi undian para pendengar. Berdasarkan populariti. Berbeza dengan Carta RIM yang memperlihatkan data ‘jualan sebenar’ akan membawa setiap single dan album pada kedudukan semasa dalam carta. Menarik! Pada pendapat saya, kehadiran semula Carta RIM boleh meletakkan semula Malaysia sebagai destinasi jualan terpenting dalam ‘peta muzik dunia’. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Tuesday, March 28, 2017

Malaysia, Pilihan No.1 Para Pelabur Dunia





Malaysia, Pilihan No.1 Para Pelabur Dunia

Insentif yang berkepelbagaian berjaya menarik minat pelabur asing menjadikan Malaysia sebagai pilihan No.1. Survei atau penyelidikan dari kalangan lebih 6,000 ‘business decision makers’ menerusi analisis projek yang dijalankan oleh US News & World Report, Young & Rubicam’s BAV Consulting and the Wharton School of the University of Pennsylvania menunjukan peratusan ranking keseluruhan meletakkan Malaysia jauh di hadapan dari negara-negara lain.

Malaysia dilihat memiliki potensi yang sangat baik disebabkan oleh dasar kerajaan, masyarakat, persekitaran, perhubungan, gerak kerja dan pendidikan yang mencapai standard para pelabur asing. Satu lagi potensi tambahan, iaitu ‘populariti’ di media massa dan media sosial.

Perkara yang sangat menarik perhatian saya apabila membaca berita ini adalah penglibatan Wharton School. Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump yang juga usahawan berjaya dan terkenal pernah mendapat pendidikan di sekolah tersebut. Bukan beliau sahaja, Andre Lyon (watak anak sulung Lucious Lyon, dari drama bersiri hit ‘Empire’) juga adalah bekas pelajar cemerlang di sana. Apabila Malaysia diangkat sebagai destinasi pelaburan oleh institusi berprestij, saya melihat ia sebagai masa hadapan yang cerah bagi semua masyarakat tempatan. Fikirkan yang positif! Jika orang-orang asing melihat Malaysia sebagai negara yang berpotensi tinggi, mengapa tidak kita sendiri sebagai rakyatnya merebut peluang demi peluang sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub


SOURCE | Free Malaysia Today | Malaysia bags top spot for investment in global report



Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Saturday, March 25, 2017

eBook Faizal Dzasrik kini dijual di BOOKCAPITAL.my



eBook Faizal Dzasrik kini dijual di BOOKCAPITAL.my

Perbadanan Kota Buku kini tampil memperkenalkan platform BOOKCAPITAL.my sebagai pusat jualan ONLINE karya-karya tempatan dalam versi eBook.

Kesemua 4 karya #FaizalDzasrik berjudul INI SUATU CERITA, YONG TAU FOO, BURGER DEL dan INI SATU CERITA ALTER EGO dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Justeru itu, pihak admin blog BUY ONLINE Faizal Dzasrik Merchandise telahpun mengambil langkah pro aktif dengan mengemaskini setiap katalog novel bagi kemudahan para peminat karya, netizen dan pencinta terus-menerus mendapatkan maklumat sebelum pembelian.

Bagi anda yang ingin membeli, caranya mudah sahaja.

Anda hanya perlu singgah ke blog FAIZAL DZASRIK MERCHANDISE via http://www.faizaldzasrikmerchandise.com

CLICK pada katalog novel pilihan (pada post) atau poster (jika web version), anda akan terus dibawa ke platform BOOKCAPITAL.my.

Anda boleh VIEW novel-novel pilihan anda.

Kemudian, BUY ONLINE.

Selamat Membeli. Terima Kasih. Semoga Terhibur! Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub



Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)


Friday, March 24, 2017

Altimet – Amboi (2016) | Malaysia




Altimet – Amboi (2016) | Malaysia

“Baru tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa… Amboi! Amboi!”

Sangat sinikal! Hahahaha. Saya sangat suka lirik lagu ini. Dengan muzik yang agak ‘chicky’ digabung dengan lirik yang sangat ‘makan dalam’, saya boleh mengatakan lagu ini cukup berjaya menarik perhatian pendengar untuk berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang kehidupan masa kini.

Usaha Altimet yang sempoi tetapi sangat ‘mengena’ pada sasarannya. Lagu ini menegur kepada sikap-sikap masyarakat masa kini yang menjengkelkan. Terbaik! Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)




Thursday, March 23, 2017

Bujibu Chempel, Kucing Paling Popular Di Malaysia






Bujibu Chempel, Kucing Paling Popular Di Malaysia

Bujibu Chempel , teman baik atau ‘Abang Long’ Si Comel Yusuf Iskandar. Siapakah mereka berdua ini? IG @bujibuchempel @theyusufiskandar

Bujibu Chempel, hanya-lah si kucing berbaka import yang biasa-biasa sahaja. Menariknya apabila Bujibu menjadi watak penting disamping bintang utama iaitu si bayi kecil yang comel bernama Yusuf Iskandar, anak kepada dramatis terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha di Instagram. Tidak mungkin seekor kucing atau seorang bayi kecil yang masih naif boleh mengaktifkan akaun Instagram sendiri. Kerja siapakah ini? Hahahaha. Ting!

Akaun Instagram Bujibu Chempel (setakat March 2017), sudah melebihi 700K followers. Secara perbandingan boleh membayangkan apabila akaun IG kita sendiri ‘KALAH TERUK’ pada seekor kucing yang sebenarnya tidak faham apa-apa tentang media sosial. Hahahaha. Dalam hal ini, saya merasakan ia logik. Ini-lah dinamakan sebagai ‘tarikan kuasa selebriti’ di alam maya. Terpulang pada kebijaksanaan setiap pemilik akaun media sosial bagi merencanakan corak aktiviti umum, sekali gus mencipta daya tarikan bagi menghiburkan para followers.

Kucing adalah haiwan yang comel dan disayangi ramai masyarakat dunia. Ia juga dikenali sebagai haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Kesan emosi, sifat nakal, bersahaja, manja dan sebagainya ditambah dengan CAPTION Admin yang kreatif mampu menghidupkan satu lagi tarikan tambahan bagi masyarakat mengikuti empayar media sosial Hairul Azreen X Hanis Zalikha X Yusuf Iskandar X Bujibu Chempel. Saya sendiri peminat Yusuf & Bujibu. Jika ingin ‘release tension’, sekali-sekala saya akan berkunjung ke IG mereka berdua. Suka-suka sahaja. Daya tarikan yang positif, bagi saya tiada salahnya. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub





Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara

(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)


Wednesday, March 22, 2017

‘The Story’ of Datuk Chef Wan




‘The Story’ of Datuk Chef Wan

Tup pak pak pak pak pak pak!

Kepetahan mulutnya apabila berkata-kata ibarat ‘bertih jagung’ yang sedang meletop. Itu-lah identiti tersendiri Datuk Chef Wan yang super realistik. Apabila mendengar Datuk Chef Wan menceceh, kepada mereka yang ‘kurang biasa’ mungkin akan mengatakan beliau adalah seorang kepoh. Bagi saya, tidak. Ini-lah cara orang-orang ‘OLD TIMER’ bercerita. Kaya dengan pengalaman dan pembelajaran yang ingin disampaikan. Terlalu banyak informasi yang aktif berlegar-legar dalam fikiran.

Seperti segala-galanya ingin diberitahu oleh Datuk Chef Wan dalam masa terhad yang telah diberikan. Tidak lokek bercerita tentang pengalaman hidupnya ketika zaman susah dan senang. Cerita ikhlas daripada beliau cukup memberikan inspirasi kepada warga muda-mudi yang rajin dan tidak kisah jika meluangkan sedikit masa bagi mendengar intipati penting dalam nasihat-nasihat beliau. I do believe the whole world will always love you, Datuk Chef Wan. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub



Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...