Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Monday, March 20, 2017

Farewell to #FaizalDzasrik World Music Chart (FDWMC) 2011 – 2017



Farewell to #FaizalDzasrik World Music Chart (FDWMC) 2011 – 2017

Seingat saya, FDWMC (sebelum ini dinamakan sebagai Faizal Dzasrik Malaysia Top 40, kemudian ditukarkan nama kepada Faizal Dzasrik Malaysia Worldwide Music Chart) adalah sebuah carta muzik amatur yang diwujudkan bagi mengisi ‘content’ blog FaizalDzasrik.Com (sebelum dinaiktaraf dari FaizalDzasrik.Blogspot).

Saya adalah penggemar muzik ‘radio-friendly’. Saya sentiasa mendengar lagu-lagu lama dan hit terkini serta bercadang mewujudkan carta muzik sendiri sebagai aktiviti masa lapang sahaja. Tidak-lah begitu serius.

Muzik sangat bagus sebagai terapi minda. Adakalanya dalam kehidupan ini, kita tertekan dengan pelbagai perkara yang mengusutkan akal fikiran. Kita akan ‘tercari-cari’ dan membuat apa sahaja yang boleh memberikan kegembiraan. FDWMC sebenarnya adalah projek umum yang ‘sangat berangan’. Hehehehe. Ia juga aktif di-SHARE-kan ke Facebook. Dikalangan rakan-rakan FB yang mengikuti #FDWMC tampil dengan pelbagai riaksi. Ada yang suka, pening kepala, jelik dan tidak kurang juga ramai sebenarnya yang… LAYAN! Hehehe.

Atas pertimbangan sewajarnya, sudah tiba masa paling sesuai bagi FDWMC ditamatkan. Selama hampir 6 tahun mengemudi carta muzik berangan ini, saya sangat ENJOY! FDWMC akan dilenyapkan buat selama-selamanya. Namun begitu, fokus dan minat terhadap muzik akan kekal seperti biasa. Menerusi format terkini blog FAIZALDZASRIK.COM, elemen muzik masih diberikan perhatian. Saya amat gemar ‘berjalan-jalan’ di alam maya. Sekiranya ada lagu-lagu yang menarik, saya akan kongsikan dalam blog ini. Sebagai tanda kenangan dan rujukan, blog post #FDWMC January 2017, #FDWMC Evergreen  Mega Hits Vol. 1 & #FDWMC February 2017 akan dikekalkan di FaizalDzasrik.Com.

Terima Kasih diucapkan kepada rakan-rakan FB yang mengikuti atau mengambil tahu tentang FDWMC sejak 6 tahun yang lepas. Semoga terhibur. Hehehehe. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub





Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara

(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...