Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Wednesday, March 29, 2017

Carta RIM Sudah Kembali! Potensi Diterbitkan Semula Dalam Versi Program TV



Carta RIM Sudah Kembali! Potensi Diterbitkan Semula Dalam Versi Program TV

Carta RIM (Recording Industry Association of Malaysia) kini kembali selepas belasan tahun menyepi dari siaran umum. Sebagai peminat setia muzik tempatan dan antarabangsa, saya agak terkilan kerana melihat carta muzik yang kukuh dan rasmi di bawah kendalian sebuah persatuan industri muzik berprestij tempatan ini menghilang begitu sahaja. Seakan-akan merajuk dengan perubahan realiti jualan muzik (sekitar pertengahan tahun 2000an) sememangnya merundum teruk. Pada ketika itu, secara global industri muzik mengalami perubahan citarasa format fizikal kepada format digital. Beberapa isu-isu rasmi berkaitan dengan hak cipta, plagiat dan sebagainya yang masih pada peringkat pra-strategi membentuk mekanisme baru bagi menghadapi perubahan besar tersebut.

Sewajarnya pada era terkini, industri muzik tempatan sudah semakin selari dengan perubahan globalisasi terhadap jualan-jualan format hiburan. Strategi baru produk-produk muzik diubah. Lebih menekankan jualan digital. Sokongan padu para peminat muzik tempatan kembali meriah dan kesannya, sudah tentu kehadiran semula Carta RIM yang penting bagi memberikan kedudukan dan selera semasa mewakili muzik masyarakat Malaysia.

Saya masih ingat Carta RIM (versi TV Show) pernah diterbitkan di NTV7 (jika tidak silap saya). Carta RIM (versi English) dikendalikan oleh Sarimah Ibrahim, manakala (versi Bahasa Melayu) diacarakan oleh Wardina Safiyyah yang popular pada sekitar akhir 90an. Kedua-dua mereka pada ketika itu masih muda remaja. Saya mengikuti kedua-dua carta. | Carta RIM IG @recordingindustrymy

Pada akhir 90an, seperti diketahui umum adalah era muzik sangat BEST! Semata-mata hendak melihat Britney Spears, Madonna, Backstreet Boys, N Sync dan lain-lain lagi di tangga berapa. Tidak kurang juga hebatnya, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Awie & Search dan sebagainya. Sangat meriah!

Harapan saya semoga Carta RIM (Versi TV) dikembalikan. Berbeza dengan carta-carta muzik radio atau Carta Muzik Muzik yang kebanyakannya adalah menerusi undian para pendengar. Berdasarkan populariti. Berbeza dengan Carta RIM yang memperlihatkan data ‘jualan sebenar’ akan membawa setiap single dan album pada kedudukan semasa dalam carta. Menarik! Pada pendapat saya, kehadiran semula Carta RIM boleh meletakkan semula Malaysia sebagai destinasi jualan terpenting dalam ‘peta muzik dunia’. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...