Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Saturday, March 18, 2017

Ikan Kerapu (Grouper) seberat 150 kilogram berharga RM 7,500!



Ikan Kerapu (Grouper) seberat 150 kilogram berharga RM 7,500!

“Ikan Kerapu Masak Stim, Satu!”

Itu-lah menu yang mungkin saya akan pesan jika berkunjung ke restoran makanan laut. Bayangkan jika seekor Ikan Kerapu seberat 150 kilogram menjadi hidangan. Pengsan! Sudah tentu, tidak terlarat untuk saya makan kesemuanya.

Sangat menarik apabila terbaca berita mengenai seorang nelayan di Pulau Kendi, Pulau Pinang berjaya menaikkan seekor ‘Ikan Kerapu Gergasi’ ke darat dan menjual ‘hasil tangkapan bertuah’ tersebut kepada seorang pengusaha restoran dengan harga RM 7,500!

Barang siapa yang rajin ke pasar, akan mengetahui harga Ikan Kerapu cukup mahal. Jauh lebih mahal dari Ikan Siakap (Sea Bass), spesis lain yang cukup terkenal mewakili menu masakan ikan di mana-mana jua restoran makanan laut.

Jika saya berada di tempat nelayan itu, saya juga akan menjual ‘Ikan Kerapu Gergasi’ tersebut. Pertama, ikan sebesar ini tiada tempat simpanan yang bersesuaian. Kedua, sementara masih segar elok-lah sekiranya Ikan Kerapu ini diberikan secara berbayar kepada mereka yang berkenan. Ketiga, secara teori daging-maging haiwan yang lebih besar dari saiz normalnya berpotensi ‘lebih liat’. Hanya pakar masakan berpengalaman sahaja yang tahu cara mengendalikannya dengan tepat.

Tauke restoran ini pastinya sangat berpuas hati dengan habuan yang telah dibeli. Seperti yang diketahui umum dalam resam kepercayaan masyarakat Cina, kehadiran Ikan Kerapu Gergasi ini dipercayai membawa ONG! TUAH kepada pemiliknya. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...