Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Friday, March 17, 2017

Inisiatif NIKE untuk pasaran Muslim



Inisiatif Nike untuk pasaran Muslim



Smart Move from NIKE!

Dunia pasaran Muslim amat mengalu-alukan pengenalan produk sukan yang ‘syariah compliant’. Apabila sebuah jenama sukan yang besar mengambil peluang ini, ia sedikit sebanyak memberikan banyak positif kepada jenama NIKE dan masyarakat antarabangsa. Demografik masyarakat Islam sedunia cukup besar dan berpengaruh. Apa yang dilakukan oleh NIKE adalah mengambil berat setiap kehendak dan citarasa para pelanggan.

Dari sudut positif, jualan akan meningkat di kalangan pengguna Muslim. Selain itu, masyarakat muslimah (wanita) khususnya lebih selesa bersukan selepas ini kerana sudah diperluaskan lagi pilihan-pilihan outfit yang bersesuaian dengan penampilan mereka.

Apakah sentimen pasaran akan wujud di kalangan pengguna Bukan Muslim?

TIDAK. Masyarakat Bukan Muslim yang rasional boleh menganggap ia sebagai satu proses normal dalam merencana strategi perniagaan. Lebih banyak sokongan umum terhadap sesuatu produk, maka ia lebih global dan berpeluang cerah berjaya di seluruh pasaran antarabangsa kelak. SYABAS NIKE!

Para netizen yang 'bergolak' pendapat di alam maya mempertikai mengapa NIKE mengambil masa 13 bulan bagi menghasilkan hijab yang kelihatan mudah untuk direkacipta dan sepatutnya tidak mengambil masa yang terlalu lama. Perjuangan dalam dunia perniagaan yang melibatkan 'branding'. Saya menjangkakan ia mungkin berkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan 'Pattern Ownership' atau 'Hak Cipta Pattern' bagi membuktikan NIKE adalah pemilik idea tersebut, tanpa boleh ditiru pada kemudian hari oleh mana-mana jenama sukan bertaraf antarabangsa yang lain.

Jika NIKE berjaya mendapatkan hakcipta pattern tersebut, produk pakaian sukan yang mengambil inisiatif berlandaskan 'syariah compliant' ini mampu memperolehi sokongon tambahan lebih 1.6 Billion para pengguna (est. 2010) di kalangan  pasaran orang-orang Muslim. Tidak semestinya di kalangan Muslim sahaja, malah lebih ramai lagi Bukan Muslim yang sebenarnya mementingkan pakaian yang selesa, kemas dan sopan ketika bersukan. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub


SOURCE | THE GUARDIANS | Nike launches hijab for female Muslim athletes


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...