Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Tuesday, March 28, 2017

Malaysia, Pilihan No.1 Para Pelabur Dunia





Malaysia, Pilihan No.1 Para Pelabur Dunia

Insentif yang berkepelbagaian berjaya menarik minat pelabur asing menjadikan Malaysia sebagai pilihan No.1. Survei atau penyelidikan dari kalangan lebih 6,000 ‘business decision makers’ menerusi analisis projek yang dijalankan oleh US News & World Report, Young & Rubicam’s BAV Consulting and the Wharton School of the University of Pennsylvania menunjukan peratusan ranking keseluruhan meletakkan Malaysia jauh di hadapan dari negara-negara lain.

Malaysia dilihat memiliki potensi yang sangat baik disebabkan oleh dasar kerajaan, masyarakat, persekitaran, perhubungan, gerak kerja dan pendidikan yang mencapai standard para pelabur asing. Satu lagi potensi tambahan, iaitu ‘populariti’ di media massa dan media sosial.

Perkara yang sangat menarik perhatian saya apabila membaca berita ini adalah penglibatan Wharton School. Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump yang juga usahawan berjaya dan terkenal pernah mendapat pendidikan di sekolah tersebut. Bukan beliau sahaja, Andre Lyon (watak anak sulung Lucious Lyon, dari drama bersiri hit ‘Empire’) juga adalah bekas pelajar cemerlang di sana. Apabila Malaysia diangkat sebagai destinasi pelaburan oleh institusi berprestij, saya melihat ia sebagai masa hadapan yang cerah bagi semua masyarakat tempatan. Fikirkan yang positif! Jika orang-orang asing melihat Malaysia sebagai negara yang berpotensi tinggi, mengapa tidak kita sendiri sebagai rakyatnya merebut peluang demi peluang sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub


SOURCE | Free Malaysia Today | Malaysia bags top spot for investment in global report



Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...