Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL #FaizalDzasrik

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

Thursday, March 30, 2017

BEST VIDEO | Pilihan Bijak Emma Watson Bintangi ‘Beauty and the Beast’



Pilihan Bijak Emma Watson Bintangi ‘Beauty and the Beast’

Kemelut pelepasan bagi penayangan filem ‘live action’ terbaru Disney, ‘Beauty & the Beast’ di Malaysia mendapat perhatian meluas seluruh masyarakat. Apakah isu kontroversi yang telah dibangkitkan menerusi filem ini?

Filem ini ada menyelitkan unsur ‘gay moment’ yang dikhuatiri tidak sesuai bagi tontonan umum masyarakat Malaysia. Episod ‘tarik tali’ telahpun berlaku antara pihak Disney Malaysia dan Lembaga Penapisan Filem sepanjang minggu awal sepatutnya filem ini ditayangkan di seluruh negara. Namun begitu, isu ini telahpun berjaya diselesaikan.

Filem ini dijadulkan semula menemui pawagam-pawagam pada lewat dua minggu dari tarikh tayangan sebenar, iaitu pada 30 Mac 2017 di seluruh negara. Tanpa sebarang pengeditan. Dengan pelepasan tontonan ‘P 13’ atau ‘Lulus Bersih 13’ bermaksud para penonton di bawah 13 tahun tidak dibenarkan menonton tanpa pengawasan ibubapa.

Filem kisah epik ini menjadi perhatian antarabangsa kerana ia hanya pernah digambarkan menerusi filem animasi ‘Beauty and the Beast’ (1991) dan program TV drama bersiri sekitar era 1980an terdahulu. Belum pernah lagi ia difilemkan dalam ‘live action’ iaitu aksi pelakon sebenar pada skala besar. Sungguhpun ‘Beast’ dijadikan sebab pada ‘storyline’ penceritaan, perhatian akan lebih tertumpu pada 'Belle', watak heroin yang akan ‘jatuh cinta’ kepada Beast.

Secara penampilan, Beast hanya muncul sebagai manusia biasa semula setelah sumpahan ditamatkan. Penonton akan lebih mengingati Belle, kerana wajahnya tidak berubah selain peranan pentingnya mewujudkan senario-senario dalam jalan cerita. Oleh sebab itu, watak Belle adalah paling mahal dalam filem ini.

Disney Studio telah memilih Emma Watson untuk melakonkan watak ‘Belle’. Pilihan yang sangat tepat. Emma Watson, bintang muda yang sangat terkenal dengan francais filem-filem ‘Harry Potter’ sebagai Hermoine ketika usianya masih kanak-kanak hingga remaja. Pengaruh Emma Watson sedia ada sudah cukup besar dan berpotensi tinggi menarik minat para penonton sungguhpun ketika ini beliau pada peringkat awal sedang membuktikan nilai kreativitinya sebagai pelakon dewasa ‘A Lister’ di Hollywood. Dalam merangka strategi bersama pihak Disney, Emma Watson menerima USD 2 juta + % keuntungan filem yang dipersetujui bersama pihak penerbit. Langkah yang sangat bijak! Bukan ‘lump sum’ tetapi ‘secured pay check + bonus royalty’.

Adakah sebahagian faktor-faktor yang mempengaruhi para penonton seluruh dunia adalah disebabkan oleh Emma Watson sendiri? Ya, sudah tentu. Kebarangkalian yang cukup kuat. Sebab yang lain, naskah ‘Beauty and the Beast’ sendiri sudah dikenali umum setanding naskah-naskah lain seperti Cinderella, Rapunzel, Sleeping Beauty, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya. Hehehe.

Seperti yang diberitahu sebelum menerima tawaran ‘Beauty and the Beast’, Emma Watson terpaksa melepaskan tawaran watak heroin filem ‘La La Land’ yang datang pada masa yang sama. Filem tersebut telahpun menjulang nama pelakon terkenal Emma Stone (yang mengambil alih tawaran tersebut daripada Emma Watson) hingga meraih OSCAR Pelakon Wanita Terbaik, Academy Awards 2017. Harga yang perlu dipertaruhkan? Darjah Kegemilangan OSCAR atau Gelaran ‘Highest Paid Actress’. Emma Watson telahpun berjaya membuat keputusan ekonomi yang sangat berbaloi. ‘Beauty and the Beast’ sejak dari awal diramalkan pasti berjaya di pasaran dan terkini, filem ini sudahpun laku keras di seluruh dunia. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub


SOURCE | The Star Online | LPF approves ‘Beauty and the Beast’ with minor edit
SOURCE | Free Malaysia Today | Disney refuses to cut ‘gay moment’ from ‘Beauty’ in Malaysia
SOURCE | Malay Mail Online | Gay wujud sebelum ‘Beauty and the Beast’ lagi, kata Nazri
SOURCE | Malay Malil Online | Tiada tapisan,‘Beauty & The Beast’ di pawagam 30 Mac
SOURCE | Evening Standard | Emma Watson ‘ontrack’ to become Hollywood’s best-paid actress after Beauty and the Beast




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...