Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL MAGAZINE #FaizalDzasrik the purple author

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

#FaizalDzasrik TRANSLATE

Tuesday, March 21, 2017

Rumah Kecil Mesra Alam & Ekonomikal



Rumah Kecil Mesra Alam & Ekonomikal

‘Tiny Home’ menjadi fenomena trend terkini di Amerika Utara. Eco-friendly (Mesra Alam), lebih ekonomikal, kurang penggunaan karbon, mengecilkan jumlah aliran tenaga elektrik, mudah alih dan pelbagai manfaat lain. Trend ini cuba diperkenalkan di Asia Tenggara bagi memperkenalkan alternatif baru sebagai pilihan tempat tinggal yang ideal. Usaha yang menarik dan wajar dipertimbangkan untuk mereka yang memikirkan ia sebagai satu pilihan yang baik.

Di sebalik ideologi kebaikan ‘tiny home’ ini, saya berpendapat ia bukan pilihan yang paling ideal bagi majoriti orang-orang Asia. Membina rumah seperti ini masih dalam lingkungan kemampuan kebanyakan orang. Namun begitu bagi ‘menempatkan tapak’ rumah kecil ini juga menjadi isu awal yang boleh merungsingkan fikiran. Tidak mudah mendirikan ‘hanya rumah semata-mata’ sahaja.

Orang-orang Asia Tenggara (lebih spesifik, Nusantara), kecil atau sebesar mana sesebuah rumah pastinya gemar meraikan kemeriahan. Rumah kecil ini tidak cukup sesuai bagi mengadakan jamuan kecil walaupun dengan bilangan tetamu yang terhad. Tidak cukup privasi bagi memisahkan ‘bahagian rumah’ antara ibubapa dan anak-anak mereka. Pendek kata, ia mungkin praktikal untuk orang bujang sahaja. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub




Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...