Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL #FaizalDzasrik

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

Wednesday, March 29, 2017

BEST VIDEO | Sia Akhirnya Tanggalkan Rambut ‘Pelesu’





Sia Akhirnya Tanggalkan Rambut ‘Pelesu’

Tidak syak lagi! Ramai orang tahu bagaimanakah rupa sebenar Sia jika tanpa trademark rambut palsu (pelesu) nya yang menutupi muka. Hal ini berlaku apabila Sia tidak melindungi wajah sebenarnya ketika bergerak ke LAX (Lapangan Terbang Los Angeles) bagi mengejar masa penerbangan yang telah dijadualkan menuju ke Dubai, UAE. Sia berada di sana bagi temujanji dan acara persembahan pentas bersempena Dubai World Cup 2017.

Sia pernah memberitahu sebab mengapa beliau melakukan sedemikian kerana enggan dinilai berdasarkan rupa dan penampilan. Fokus utamanya pada vokal nyanyian. Katanya lagi, dalam pasaran muzik pada masa kini semua orang berlumba-lumba bermedia sosial dan menceritakan segalanya. Tiada unsur misteri. Beliau ingin menjadi seperti ‘orang misteri’ yang dimaksudkan itu.

Pada pendapat saya, tidak ‘Sia-Sia’ menyembunyikan identitinya. Pilihannya tepat. Pendengar sememangnya fokus pada setiap lagu yang dinyanyikan ketika persembahan sungguhpun seringkali dibantu oleh Maddie Ziegler (asal program realiti Dance Mom) bersama penari-penari iringan lain.

Saya sukakan identiti ‘voice cracks’ Sia. Sangat original. Bakat penciptaan lagu juga sangat hebat yang mana karya-karya beliau pernah dinyanyikan oleh ramai bintang terkenal seperti Rihanna (Diamonds), Britney Spears (Perfume), Celine Dion (Loved Me Back to Life) dan banyak lagi.

Saya suka stail nyanyian Sia. Sangat berbeza daripada gaya para penyanyi Amerika Utara dan Eropah yang biasa kita dengar. Berasal dari Australia, berhampiran dengan Asia Tenggara. Cara beliau melontarkan nota-nota tinggi sangat mirip pada gaya kesukaan para penyanyi bersuara lantang tinggi lampai dari Malaysia, Indonesia dan The Philippines. Sia pernah dengar lagu-lagu Asia Tenggara kah? Jika saya berpeluang berbual-bual dengannya, itu-lah soalan pertama yang saya akan bertanyakan kepada Sia. Perghh! | #FaizalDzasrik | IG @faizaldzasrik @faizaldzasrikfanclub



Bagaimanakah wajah sebenar Sia tanpa rambut pelesu? Klik di bawah.
SOURCE | ETOnline | Sia Uncovered!


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide
(while stocks last)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...