Search This Blog

FDTV #FaizalDzasrik

MPH QUILL #FaizalDzasrik

SOUNDCLOUD #FaizalDzasrik #Karaoke

Tuesday, December 5, 2017

FD STORY | Kerinduan Anak-Anak Mengatasi Segala-galanya



FD STORY | Kerinduan Anak-Anak Mengatasi Segala-galanya | IG FD | 29112017


faizaldzasrik Foto ini sangat menakjubkan dan boleh membuatkan kita insaf jika tahu apakah sebab utama mereka dalam keadaan begini. MEREKA sangat merindui ibubapa mereka. Dari Nazuo, Wilayah Guangxi, China mereka berdua sanggup bergadai nyawa dan duduk terpelosok di bawah bas selama 3 jam kerana ingin bertemu ibubapa mereka yang berkerja di bandar. Ditemui oleh seorang pegawai keselamatan di sebuah stesen di Xilin dalam keadaan berlumpuran lumpur, kotor dan kelaparan. Mereka diberitahu oleh saudara-mara, ibubapa mereka bekerja di Baise. Hanya sekadar menyedapkan hati mereka. Yang sebenarnya, ibubapa mereka berkerja lebih jauh di Wilayah Guandong. OMG! Tekanan ekonomi menyebabkan mereka menjadi mangsa dan ditinggalkan jauh di pendalaman. Boleh bayangkan perasaan mereka pada ketika itu? Sangat merindui dan tetap kuat berusaha bagi memastikan impian bertemu ibubapa mereka tercapai. Bagi anak-anak kita yang hidupnya senang ketika ini, para ibubapa boleh ambil inisiatif menceritakan semula kisah ini kepada anak-anak mereka. Penting kesan psikologi yang kuat & menyedarkan jiwa apabila anak-anak memahami susah payah ibubapa mereka dan juga ibubapa sendiri boleh ambil ikhtibar dengan memahami perasaan anak-anak mereka melalui kisah menyayat hati ini. Amazing Story! 😂😓💕👪 #amazing #determination #feeling #ibubapa #anak #ikhtibar #pengajaran #cerita #kisah #FDSTORY | http://www.faizaldzasrik.com

CLICK HERE >>> FD STUDIO, FD SPIRIT, FD STORE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...